SYEIKH ARSYAD THAWIL AL-BANTANI
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani | - |
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
ULAMA yang berasal dari Banten, Jawa Barat, yang paling terkenal ialah Syeikh Nawawi al-Bantani, yang banyak menulis syarah kitab yang semuanya ditulis dalam bahasa Arab. Oleh kerana banyak menghasilkan karya, maka beliau digelar sebagai Imam Nawawi Tsani (Imam Nawawi Kedua).
Mengenai Syeikh Nawawi al-Bantani telah diperkenalkan dalam Ruangan Agama, Utusan Malaysia pada 7 Februari 2005. Artikel ini pula memperkenalkan dua orang ulama Banten yang lain. Yang pertama, Syeikh Muhammad Arsyad bin As'ad bin Mustafa bin As'ad al-Bantani al-Jawi. Nama popularnya ialah Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani.
Dinamakan THAWIL yang berarti panjang kerana ada seorang sahabatnya bernama Syeikh Arsyad Qashir al-Bantani. Qashir bererti pendek. Syeikh Arsyad Thawil dilahirkan di Banten pada Zulkaedah 1255 Hijrah/Januari 1840 Masihi. Riwayat lain menyebut bahwa beliau lahir tahun 1263 Hijrah/1847 Masihi.
PENDIDIKAN
Ayahnya tinggal di Mekah karena ketika kecil beliau diasuh oleh beberapa orang ayah saudaranya. Kepadanya diberi pengenalan tentang bacaan al-Quran. Dalam usia 8 tahun mengikut orang tuanya ke Mekah. Beliau mendapat pendidikan asas khatam mengaji al-Quran daripada beberapa orang ayah saudara dan ayahnya sendiri. Beberapa buah matan terutama matan nahu, saraf, fikah dan tauhid juga dipelajarinya daripada ayahnya. Di Masjid al-Haram, Arsyad Thawil senantiasa mengikuti pengajian yang diberikan oleh Saiyid Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mekah, terutama mengenai nahu, fikah dan sirah. Selain belajar kepada Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani juga belajar kepada beberapa ulama, di antaranya Syeikh Nawawi al-Bantani yang terkenal, Sayid Abu Bakri Syatha, di bawah bimbingan dua orang anak ulama itu, iaitu Sayid Umar Syatha dan Sayid Utsman Syatha. Syeikh Arsyad Thawil mendalami ilmu hadis daripada Habib Muhammad bin Husein al-Habsyi al-Makki di bawah bimbingan anak ulama itu, iaitu Mufti al-Muhaddits al-Habib Husein bin Muhammad al-Habsyi al-Makki (wafat 1330 Hijrah/1911 Masihi). Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani memperdalam ilmu fikah pula daripada Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki. Mengenai ilmu hadis selain belajar kepada ulama yang telah disebutkan tadi, Syeikh Arsyad Thawil sewaktu berkali-kali bolak balik ke Madinah mempelajarinya juga dari pada Syeikh Abdul Ghani bin Abi Sa'id al-Mujaddidi, di bawah bimbingan beberapa orang murid ulama itu, yaitu Sayid Ali bin Zhahir al-Watri, Syeikh Shalih bin Muhammad az-Zhahiri, dan Syeikh Abdul Jalil Barradah. Dar ipada semua ulama yang tersebut, Syeikh Arsyad Thawil menerima ijazah dalam ilmu hadis. Guru-guru beliau yang lain pula, yang pernah dicatatkan ialah: Syeikh Ibrahim al-Saqa asy-Syabrabakhumi (wafat 1298 Hijrah/1880 Masihi), Saiyid Ja'afar bin Idris al-Kattani, al-'Allamah Abi Jaiyidah bin Abdul Kabir al-Fasi, al-'Allamah Abdullah bin Darwisy asy-Syakri, Sayid Muhammad ibnu Muhammad Murtadha az-Zabidi al-Hanafi (wafat 1305 Hijrah/1887 Masihi, Sayid Muhammad bin Ali as-Sanusi (wafat 1276 Hijrah/1859 Masihi). Syeikh Arsyad Thawil, dalam usia 14 tahun, bersama-sama datuknya, Syeikh Mustafa al-Bantani, ketika itu berusia hampir seratus tahun, pergi ke Mesir. Di sana pernah mendapat berkat (tabarruk) daripada Syeikh Syinwani dan Syarqawi, kedua-dua ulama Mesir yang sangat terkenal ketika itu.
JIHAD DI BANTEN
Dalam tahun 1311 Hijrah/1893 Masihi, Syeikh Arsyad Thawil pergi ke Banten. Pada ketika itu terjadi peristiwa pertentangan antara orang-orang Islam dengan penganut agama Budha di Banten. Pemerintah Belanda mencampuri perselisihan itu dengan alasan untuk mendamaikan dua golongan yang sedang bermusuhan. Tetapi kolonial Belanda menjalankan hukuman yang tidak adil, bahwa Belanda memihak kepada golongan agama Budha. Oleh yang demikian pemimpin-pemimpin Muslimin sepakat untuk mengadakan perang total terhadap semua golongan yang bukan Islam termasuk terhadap pemerintah kolonial Belanda juga. Secara serentak kaum Muslimin mengangkat senjata ikut dalam pemberontakan jihad itu, termasuk Syeikh Arsyad Thawil. Beliau termasuk salah seorang pemimpin mereka. Jihad terhadap golongan kafir itu dipersetujui oleh Syeikh Nawawi al-Bantani di Mekah dan beberapa orang ulama lainnya. Namun Sayid Utsman Betawi tidak merestuinya, kerana beliau mempunyai pandangan siasah yang tersendiri pula. Kaum Muslimin berhasil membunuh ramai golongan kafir, pihak kolonial Belanda mengerahkan segala kekuatannya untuk mematahkan perang jihad itu, kemudian pihak kolonial Belanda berhasil menangkap pemimpin-pemimpin Islam Banten termasuklah Syeikh Arsyad Thawil sendiri lalu mereka dibuang ke Manado (Sulawesi Utara). Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani berkali-kali mencoba untuk kembali ke Mekah atau ke negerinya Banten namun tidak berhasil. Berbagai-bagai bencana dan cobaan menimpa Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani pada masa pembuangan itu, di antaranya salah seorang anak beliau yang menjadi Syeikh Haji di Mekah meninggal dunia (tahun 1328 Hijrah/1910 Masihi).
MENGAJAR DAN WAFAT
Mu'alim KH Muhammad Fakhruddin Fayumie Thawil al Abantani, SHI |
Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani dirahmati dengan umur yang panjang, wafat di Manado (Sulawesi Utara), pada malam Isnin, 14 Zulhijjah 1353 Hijrah/19 Mac 1935 Masihi, dalam usia 98 tahun. Yang menjadi imam sembahyang jenazahnya ialah al-Habib Hasan bin Abdur Rahman Maula Khailah al-'Alawi.
Silsilah Thoriqoh Qodiriyyah Wa Naqsabandiyyah Syaikh Arsyad Thawil Al Bantani RA
1. Allah SWT
2. Malaikat Jibril AS
3. Nabi Muhammad Rasulullah SAW
4. Sayyidunaa Ali bin Abu Thalib KW
5. Sayyiduna Husein bin Ali bin Abi Tholib RA
6. Sayyiduna Zainal 'Abidin RA
7. Sayyiduna Muhammad Baqir RA
8. Sayyiduna Ja'far Shadiq RA
9. Sayyiduna Imam Musa Al-Kazhim RA
10. Syaikh Abu Al-Hasan Ali bin Musa Ar-Ridho RA
11. Syaikh Ma'ruf Al-Karkhi RA
12. Syaikh Sirri As-Saqothi Ar-ridho RA
13. Syaikh Abu Al-Qasim Al-Junaedi Al-Baghdadi RA
14. Syaikh Abu Bakar Difli As-Syibli RA
15. Syaikh Abu Al-Fadhli Abdu Al-Wahid At-Tamimi RA
16. Syaikh Abu Al-Faroj At-Thurthusi RA
17. Syaikh Abu Al-Hasan Ali bin Yusuf Al-Qirsyi Al-Hakari RA
18. Syaikh Abu Sa'id Al-Mubarok bin 'Ali Al-Makhzumi RA
19. Sulthon Al-Awliya Syaikh Abdul Qodir Al-Jilani RA
20. Syaikh Abdul Aziz RA
21. Syaikh Muhammad Al-Hattak RA
22. Syaikh Syamsuddin RA
23. Syaikh Syarofuddin RA
24. Syaikh Nuruddin RA
25. Syaikh Waliyyuddin RA
26. Syaikh Hisyamuddin RA
27. Syaikh Yahya RA
28. Syaikh Abu Bakar RA
29. Syaikh Abdurrohim RA
30. Syaikh Utsman RA
31. Syaikh Abdul Fattah RA
32. Syaikh Muhammad Murod RA
33. Syaikh Syamsuddin RA
34. Syaikh Ahmad Khatib As-Sambasi RA
35. Syaikh Abdul Karim At-Tanari Al-Bantani RA
36. Syaikh Arsyad Thawil Al Bantani, RA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar