Selasa, 31 Juli 2012

Ceramah Mu'allim KH.Syafi'i Hadzami

Nabi Muhammad SAW telah bersabda : "Sebaik-baik orang tua ialah orang yang mengajarkan kamu (Ilmu Agama)".

Senin, 16 Juli 2012

40 Keistimewaan Wanita Menurut Islam


Berikut merupakan keistimewaan wanita menurut Islam, menunjukkan betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni syurga…… !

20 yang pertama....
  1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
  2. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T. dan orang yang takutkan Allah S.W.T. akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya. 
  3. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
  4. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak pria. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah- olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
  5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
  6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
  7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan se Suatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
  8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
  10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab
  11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).
  12. Aisyah r.a. berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya.” “Siapa pula berhak terhadap pria?” tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. “Ibunya.”
  13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.
  14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
  15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T. menatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
  16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T.
  17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
  19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
  20. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali. 

20 yang kedua.....

  1. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat. 
  2. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
  3. Wanita yang memberi minum air susu ibu (asi) kepada anaknya daripada badannya (susu badannya sendiri) akan dapat satu pahala dari pada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
  4. Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
  5. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
  6. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
  7. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
  8. Wanita yang memerah susu binatang dengan “bismillah” akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
  9. Wanita yang menguli tepung gandum dengan “bismillah”, Allah akan berkatkan rezekinya
  10. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
  11. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
  12. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
  13. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
  14. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
  15. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
  16. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempo(2½ thn),maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
  17. Jika wanita memicit/mijat suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.
  18. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
  19. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.
  20. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya yaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.
Sumber :
http://ahbabulmusthofasolo.blogspot.com/2011/02/40-keistimewaan-wanita-menurut-islam.html

DOA TERGANTUNG

Sholawat ke atas Junjungan Nabi SAW adalah satu amalan yang tidak dapat kita terkaya daripadanya. Seseorang yang hendakkan kejayaan dan keberkatan di dunia dan di akhirat mesti senantiasa membasahkan lidahnya dengan ucapan sholawat ke atas Junjungan SAW. Sholawat juga menjadi sebab bagai terkabulnya segala hajat dan permintaan, bahkan dikatakan bahawa segala permohonan dan doa itu hanya akan tertahan langit dan bumi, ngak bisa naik-naik ke langit kemuliaan jika si pendoa lalai dari bersholawat atas Junjungan SAW. Besar sungguh nikmat dan wasilah amalan sholawat ini. Imam at-Tarmidzi rahimahUllah meriwayatkan dalam “Sunan”nya pada “Kitab al-Witr – Bab Ma Jaa-a fi Fadhl ash-Sholaah ‘ala an-Nabiy SAW” bahawa Sayyidina ‘Umar RA berkata:
“Sesungguhnya sesuatu doa itu terhenti di antara langit dan bumi, tidak naik sesuatupun daripadanya sehingga orang yang berdoa tersebut bersholawat ke atas Nabimu SAW.”
Difahami bahawa doa dan munajat seseorang hamba yang faqir lagi hina, penghuni alam sufli (rendah) berupa bumi ciptaan Allah SWT, tidak akan dibawa naik ke alam ‘ulwi, kerajaan atas di langit  Dan jangan juga beri’tiqad yang Allah itu duduk bertempat di langit, harus difahami bahawa langit itu tempat pusat kerajaanNya dengan arasy sebagai pusat pemerintahan dan makhlukNya yang terbesar. Langit itu punya penghuni sendiri dari kalangan hamba-hamba Allah yang mulia, para malaikat yang maksum. Diangkatnya doa seseorang ke langit itu memberi faham bahawa doa tersebut adalah sesuatu yang bakal dimuliakan dengan nilaian ibadah dan insya-Allah akan dikabulkan oleh Allah SWT. Kalau tidak diangkat ertinya doa tersebut tiada class dan direject.

Dikatakan bahawa Kaabah adalah qiblat sewaktu kita bersholat, dan langit itu qiblat bagi seseorang yang berdoa. Makanya, tatkala berdoa seseorang itu disunnatkan untuk menadah tangan ke langit. Menadah tangan ke langit bukan ertinya Allah itu bertempat di langit kerana Allah ta`ala itu tidak mengambil tempat dan ruang, dan tidak juga berjihat. Ini tidaklah menafikan elok dan bagusnya untuk seseorang berdoa dengan mengadap juga ke BaitUllah, melainkan dalam beberapa keadaan yang dijelaskan oleh para ulama kita. Imam al-Qurthubi rahimahUllah menulis dalam tafsirnya “al-Jami’ li Ahkam al-Quran”, juzuk 9 halaman 436 sebagai berikut:-
“… Adapun sebab diangkat tangan ketika berdoa ke langit adalah kerana langit adalah tempat turunnya wahyu, turunnya hujan, tempat yang suci, tempat makhluk-makhluk yang suci daripada kalangan malaikat. Di atas langit terdapat ‘arsy dan syurga.”

Imam an-Nawawi rahimahUllah dalam “Syarh Muslim” tatkala memperjelaskan makna “hadits jariah” yang masyhur itu, menulis, antara lain, seperti berikut:-
Dialah Allah yang Maha Esa yang apabila seseorang memohon kepadaNya maka dia menghadap ke langit sebagaimana apabila seseorang sembahyang dia menghadap Kaabah, dan tidaklah perlakuan sedemikian ini (yakni menghadap ke langit ketika berdoa atau menghadap Kaabah ketika bersholat) menunjukkan bahawasanya Allah terbatas di langit sebagaimana juga tidaklah Dia terbatas pada jihat (arah) Kaabah (yakni Allah tidak dibatasi oleh sebarang tempat kerana Dia Maha Suci daripada segala tempat dan arah, subhanAllah). Bahkan perbuatan menghadap ke langit itu adalah kerana langit itu adalah kiblat orang yang berdoa sebagaimana kaabah itu kiblat bagi orang yang sholat.

Allahu .. Allah, betapa besarnya wasilah sholawat atas Junjungan Nabi SAW yang dengannya doa yang keluar dari seseorang hamba ini akan dapat naik ke langit kemuliaan untuk diterima dan dikabulkan. Maka jangan hanya tahu meminta tetapi malas bersholawat atas Nabi yang dengan keberkatannya terkabul segala permintaan. Minta jangan tak minta, tapi jangan lupa sholawatnya.

**********************************

Dapat musibah , kita perlu tabah dan berlapang dada , ia satu nikmat.


Mutiara kalam Al-Imam Abdullah bin Alwi Alhaddad’

Dapat musibah , kita perlu tabah dan berlapang dada , ia satu nikmat. 
SEJAK akhir-akhir ini kita mendengar berbagai keluhan serta rungutan terutama dari golongan
remaja mengenai masalah yang dihadapi sehingga mereka tidak dapat meneruskan kehidupan
sebagai manusia normal. Malah, ada kala terlintas di sudut hati untuk menghabiskan riwayat mereka bagi menyelesaikan semua masalah yang membelenggu kehidupan. Tidak kurang pula yang mempersoalkan keadilan Allah SWT terhadap hamba-Nya dan berasakan bahawa dialah orang paling disisihkan Allah SWT sehingga menghilangkan rasa yakin dalam dirinya dengan segala ketentuan Ilahi.

Setiap ciptaan dari makhluk mempunyai kedudukan yang tersendiri di sisi Allah SWT. – Surah
As-Saffat, Ayat 164. Sifat ini dirakamkan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Dan sememangnya manusia adalah sejenis makhluk yang banyak protes dan bantahan mereka.” (Surah Al-Kahfi, ayat 54). Sebagai mukmin sebenar, mereka mestilah yakin setiap kurniaan Allah SWT sama ada nikmat atau ujian adalah satu kebaikan buat seseorang individu. Setiap insan mempunyai keperluan tersendiri yang hanya diketahui oleh Allah SWT demi kebaikan mereka.
Firman Allah SWT yang bermaksud: “Setiap ciptaan dari makhluk mempunyai kedudukan yang
tersendiri di sisi Allah SWT.” (Surah As-Saffat, ayat 164)

Hadis dari Jabir Bin Abdillah menyebut: “Tidak wajar bagi seseorang itu meninggal melainkan dia sentiasa bersangka baik dengan Allah SWT.” (Hadis riwayat Muslim). Baginda juga menyebut yang bermaksud: “Allah SWT sentiasa memerhatikan prasangka seorang hamba terhadap segala kurniaan-Nya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Penjelasan daripada Allah SWT sudah cukup untuk kita fahami segala ketentuan Allah SWT dan betapa bahaya mereka yang bersangka buruk terhadap-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Setelah kamu ditimpa kesedihan, dia (Allah) menurunkan
rasa aman dan tenang kepadamu. Ada golongan yang telah mencemaskan diri mereka sendiri
kerana prasangka buruk terhadap Allah SWT seperti sangkaan orang jahiliah dulu di mana
mereka berkata: Adakah ada sesuatu di sebalik urusan ini. Apa maknanya semua ini? Katakanlah
(Wahai Muhammad): Sesungguhnya segala urusan itu di tangan Allah SWT.” (Surah Al-Imran,
ayat 154)

Peristiwa perang Uhud juga menceritakan perihal mereka yang binasa akibat prasangka dengan
Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Kamu (orang Musyrikin) menyangka bahawa
Rasul dan orang mukmin sekali-kali tidak akan kembali ke pangkuan keluarga mereka buat
selamanya sedangkan keindahan dan ketenangan itu berada di hatimu dan kamu berprasangka
buruk. Sebab itulah kamu mendapat kebinasaan.” (Surah Fath, ayat 12)
Segala yang diberikan semuanya tertulis dan menunggu bagaimana tindakan kita terhadap apa
diputuskan Allah SWT. Ada kala musibah yang datang menimpa adalah daripada kesilapan tindakan kita sendiri dan hendaklah diterima sesuatu kenyataan itu dengan dada terbuka. Justeru, hendaklah menerima apa yang dikurniakan Allah SWT sama ada nikmat atau sebaliknya dengan berlapang dada serta berdoa supaya diberi kekuatan menghadapinya. Mereka yang dikasihi Allah akan ditimpa ujian dan musibah untuk menambahkan ganjaran pahala buat
mereka.

Sumber :  http://pondokhabib.wordpress.com/2011/10/08/dapat-musibah-kita-perl...
1

Orang Jujur dipermudahkan Beribadat

MENDIDIK anak-anak dengan sifat jujur dan ikhlas sangat penting. Ada pendapat mengatakan, kata-kata seorang yang jujur dapat dipercayai sama dengan perjanjian bertulis yang dilakukan olehnya.


Orang yang jujur akan dihormati oleh semua pihak dan menjadi benteng kepada keimanan. Hikmah jujur adalah ibadah yang mudah dilakukan. Ia sebagai perhiasan daripada hati tanpa berhias, kehebatan tanpa kerajaan, benteng tanpa pagar, kekayaan tanpa meminta daripada orang lain dan dapat menutup segala aib.

Nabi SAW mengingatkan dalam hadisnya yang bermaksud: “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam.” (riwayat Bukhari dan Muslim).Lantaran itu, percakapan yang baik dan jujur adalah lambang hati yang baik dan ikhlas serta bersih melambangkan akhlakul karimah. Melalui pendidikan di rumah dan di sekolah percakapan yang baik dan jujur boleh dilakukan bagi mendidik hati sentiasa ikhlas.

Mendidik sifat jujur mestilah melalui pendidikan hati. Berazam setiap masa untuk berlaku jujur akan menjadikan seseorang itu bersifat jujur. Pengalaman daripada musibah juga akan menjadikan seseorang itu bersifat jujur seperti pernah ditipu yang akhirnya membentuknya bersifat jujur.
Sebagai anak pula, seseorang itu mestilah bersifat dan berlaku jujur pada diri sendiri, sahabat, ibu bapa, kaum keluarga, guru dan jiran tetangga. Sifat jujur juga sangat berkait rapat dengan amanah. Melalui percakapan dan amal perbuatan sifat jujur dapat dilihat daripada seseorang.

Nabi SAW bersabda: “Orang yang diajak bermusyawarah (diminta pendapat) adalah orang yang boleh memegang amanah (jujur, ikhlas dan dapat menyimpan rahsia). (riwayat Ath-Thabrani).
Imam Muslim pernah berwasiat: “Seorang Muslim itu mestilah bersifat benar dan jujur. Berkata benar sekalipun kepada dirinya sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang.Justeru, seorang Muslim mestilah bersifat benar dan jujur dalam perkataan dan perlakuan.
Sifat jujur ikhlas dan suci hati itu lawannya ialah sifat belot, pembohong, curang, dusta, helah, khianat, pecah amanah, memperdaya, putar belit, seleweng dan tipu. Oleh itu, jauhi sifat yang buruk itu yang boleh merosakkan nilai diri dan akhlak seseorang.

Seseorang Muslim yang benar dan jujur akan menjurus kepada sifat tawaduk dan merendah diri. Lantaran itu Islam mengharamkan sifat-sifat dusta dan sifat yang seumpama dengannya yang merupakan penyakit hati.
Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda: “Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya kebajikan itu membawa ke syurga. Seseorang yang sentiasa bersifat benar hingga dicatat di sisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa ke neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta, sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (riwayat Muttafaqun Alaih).
Lantaran itu, selain mempamerkan sifat benar dan jujur, seorang Muslim mestilah menjadikan dirinya contoh ikutan yang baik kepada orang lain.
Segala tingkah laku, perbuatan dan percakapan mestilah lahir daripada hati yang tulus dan ikhlas.
Sebagai ibu bapa, mestilah mempamerkan juga sifat benar dan jujur daripada hati sebagai teladan dan ikutan kepada anak-anak.

Kamis, 12 Juli 2012

E-Book Figh Puasa


FIQH PUASA

Puasa merupakan salah satu rukun Islam. Sebagaimana disebutkan dalam hadist yang shahih :”Di dirikan Islam atas lima tiang, yaitu pertama bersyahadat bahwa tiada tuhan yang haq disembah dengan sebenar-benarnya kecuali Allah, dan bahwasanya Nabi Muhammad adalah utusan Allah, kedua mendirikan shalat, ketiga membayar zakat, keempat puasa ramadhan, kelima pergi haji ke Baitullah, jika mampu jalan menuju kepadanya....

Ketahuilah! Bahwa dalam puasa itu ada keistimewaan yang tidak didapat pada selainnya. Yaitu disandarkannya puasa kepada Allah azza wajalla, dimana berfirman dalam hadist Qudsy : Puasa itu bagi-Ku dan Aku yang membalasnya. Cukuplah penyandaran ini sebagai kemuliaan, sebagaimana mulianya -al bait- dengan disandarkanya kepada Allah pada firman-Nya : dan sucikanlah Bait-Ku...........

Hanya sanya menjadi utama puasa melebihi yang lainnya karena ada dua makna yang tersembunyi didalamnya. Pertama, puasa adalah rahasia dan amaliah batin yang tidak dilihat oleh orang lain dan tidak dimasuki oleh riya’. Kedua, Puasa dapat mematahkan musuh Allah. Karena jembatan musuh adalah syahwat. Dan sesungguhnya menjadi kuat syahwat dengan makan dan minum. Dan selama tanah syahwat terus tumbuh subur, maka syetan pulang pergi kepada tempat bergembala tersebut. Dengan meninggalkan syahwat, menjadi sempitlah jalan syetan................



.                                                                                        .

Catatan Penerbit :
Kekurang sempurnaan pada E-Book ini, semata-mata karena keterbatasan penerbit atas metode yang tepat untuk alih media dari cetak kepada media digital. Semoga penerbit dikaruniakan Allah SWT untuk dapat kesempatan dan kemauan untuk menyempurnakannya dilain waktu dan kesempatan.
 

LINK FREE DOWNLOAD :  https://www.facebook.com/groups/bkmtalbantani/files/